Solat Duha...
Solat merupakan "Tiang Agama"...Kita selalu dengar ungkapan ni..tapi kajian dekat negara kita menunjukkan sebilangan besar orang islam di negara kita tidak mendirikan solat...Astagfirullah..Mintak jauh bala bencana macam negara-negara islam yang dah jauh terpesong dari ajaran Allah..Mudah2an anak cucu kita tak termasuk dalam golongan yang meninggalkan solat amin...
Didikan dari kecik sangat penting...lagi2 sekarang ni semakin banyak pengaruh2 luar yang tak sihat menular dalam negara kita...Nauzubillah...Sekarang ni, makin ramai orang islam malaysia yang murtad...Sedih sangat bila baca cerita2 macam ni..
Oklah hari ni saya nak share knowledge pasal solat duha..
Antara kelebihannya, dipermudahkan rezeki dan mudah2an mendapat keberkatan dari rezeki yang kita dapat...amin..
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Kekasihku Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada aku dengan tiga perkara: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan sembahyang sunat Duha sebanyak dua rakaat dan mendirikan sembahyang Witir sebelum aku tidur.
(Hadis riwayat Imam Bukhari).
Selepas memberi salam baca Lah Doa Nabi Besar Kita s.a.w.
Berdoalah :
" Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu
perlindunganmu ".
" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."
Firman Allah s.w.t.Untuk Manusia ,
Katakanlah, "Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu
bagi-Nya.Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk."
(Al-An..am, 162-63)
Dilakukan Solat Sunat Duha ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi .
Jumlah rakaat tidak terbatas dari dua rakaat sehingga 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam .
Lafaz niat :
"Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar "
Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Selepas membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama baca lah surah As-Syams .
Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Ad-Duha .
Semasa sujud akhir bacalah surah Ad-Duha 1 kali (Kalau Kuat keimanan sebanyak 40 kali semasa sujud akhir )
Selepas memberi salam baca Lah Doa Nabi Besar Kesayangan Kita s.a.w ini .
Berdoalah :
" Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu
perlindunganmu ".
" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."
Firman Allah s.w.t.Untuk Manusia ,
Katakanlah, "Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya.Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk."
(Al-An..am, 162-63)
Wa'lah'hu'alam
RESIPI KEK PAUN OREN
2 years ago
0 comments:
Post a Comment